FOLLOWER's ...

“Adakah anda menipu diri anda sendiri dan hidup dalam penafian? ”

Hidup dalam penafian - Bermaksud apabila kita benar-benar cinta dan sayang pasangan kita sekian lama tetapi setiap kali itu juga kita yang memberi alasan untuk dia, dengan MENAFIKAN kecurangan, penipuan serta kejahatannya selama ini..




Something yang tanpa disedari, ramai melakukannya apabila kita benar-benar cintakan seseorang…dan HANYA kerana cinta,  kita ‘backing’ atau siap tolong ‘cover’ lagi untuk dia pulak, adoi ... !
ok la.. ( cm aku dlow ) but now ! dh buka mata ok...  =)


~~> So, adakah anda seumpama itu? Adakah anda suka menafikan untuk pasangan anda? Adakah anda suka memberi alasan untuk dia dan tidak mahu menerima yang pasangan anda itu PENUH TIPU DAYA? 


Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?
1. Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan BERTAHUN kita bersusah payah untuk bersama sebelum ni!”
2. Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa”
3.  Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” – hehehe… selalu bersama?
4. Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri or .... ada problem kot ?” – hehe . . .   :lol:
5. Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, dan anda sendiri merasa sudah kurang mesra, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah!”
6. Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” – definitely in denial for sure!
7. Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasngan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”
8. Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”
9. Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir,“Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”
10. Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama perempuan lain, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia  janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really ??



Kowang sedar dan tahu kowang ditipu dan diperdaya tetapi kowang pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula. ADOI ! ;) …beb ! kalau berada dalam salah satu situasi ini - 10 tanda-tanda ini, for sure kowang hidup dalam penafian yang amat kritikal  !


 --> YES… ! kita kena fikir positif, tetapi kalau dah terang-terang nampak tu, janganlah BUTAKAN MATA pulak ... hehe :) …jangan hidup dalam penafian , hanya kerana sayang, hanya kerana cinta, kerana nanti kowang juga yang akan rugi dan at LOST!


Buka minda , Tanya hati . . . .