Cinta itu subjektif
Sebab kenapa dikatakan cinta itu subjektif kerana bila ditanya kepada manusia yang bergelar insan mengenai cinta, masing-masing memberikan pendapat yang berbeza. Ada yang mengatakan cinta itu suci yang lahir dari hati nurani. Tidak kurang juga yang berkata cinta itu adalah satu perasaan kasih dan sayang. Kalau ditanya kepada 10 orang berbeza mengenai cinta dan pasti 10 jawapan yang berbeza akan diterima. Inilah yang dikatakan cinta itu subjektif kerana ianya bukan menuju kepada satu jawapan yang satu. Tiada jawapan salah dah juga betul.
Cinta itu subjektif
Subjektif yang dimaksudkan di sini ialah jawapan yang diterima itu berbeza dan sebab itu cinta itu dikatakan subjektif. Tetapi walau apapun subjektif tentang cinta, maksud dan pengertian cinta itu adalah menjurus kepada satu matlamat yang sama iaitu perasaan kasih dan sayang.
Dari mata turun ke hati
Baik dalam lagu mahupun sajak, puisi dan filem serta drama semuanya ingin menonjolkan pengertian cinta. Ada yang berkata cinta bermula dari pandangan mata dan turun ke hati seterusnya menusuk kalbu seseorang itu. Apakah benar yang dari mata turun ke hati itu dinamakan CINTA?
Mudah benar untuk berkata itulah cinta yang lahir pada pandangan pertama dan wujudnya ia memberikan kesan kepada individu tersebut sehinggakan makan tak lalu, mandi tak basah dan tidur pun tidak lena. Besar sungguh kesan cinta itu pada jiwanya sehingga kesannya di umpamakan sebegitu.
Jadi apakah erti cinta yang sebenar?
Jika soalan dilontarkan untuk mengetahui erti cinta jawapannya ialah subjektif. Setuju ataupun tidak tanya diri kita adakah apa yang dilalui itu sebenarnya cinta. Apakah ia hanya sebuah perasaan yang dibuai dengan keenakkan yang kalau kita sedar ianya hanyalah perasaan yang wujud di satu sudut hati kita.
Aku pula berkata cinta itu hadir tanpa kita mencarinya, ianya bukan dipaksa untuk melahirkan sebuah cinta. 10 tahun bercinta belum tentu kita akan bersama. Lengkapnya cinta apabila pertemuan dua hati yang memerlukan antara satu sama lain. Bukannya cinta itu milik seorang tetapi ianya milik bersama untuk dirasai.
Kesimpulannya
Cinta terlalu subjektif untuk ditafsirkan namun mempunyai satu arah yang sama. Ada orang berkata cinta mestilah di rebut, ada pula yang berkata cinta itu hadir tanpa kita sedar. Semuanya adalah betul, cinta bukan hak milik mutlak ke atas seorang individu tetapi ianya milik bersama yang patut dirasai bersama dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Jangan jadikan cinta itu sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram, jangan jadikan cinta itu alasan untuk bermuram durja dan jangan hilang pertimbangan apabila merasai cinta. Sebaliknya gunakanlah pengertian cinta dalam konteks yang sebenar-benarnya.
Orang akan melihat cinta itu dari satu sudut yang berbeza-beza dan bukan hanya sekadar melafaz i love u, saya cintakan awak. Sebaliknya hargailah cinta dengan menghayatinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya cinta.
No comments:
Post a Comment